APA ITU BAHASA PERTAMA ?
Umum mengetahui bahawa bayi memerlukan pendedahan awal mengenai bahasa sebelum mula menggunakannya. Pemerolehan bahasa pertama berlaku ketika perkembangan kanak-kanak yang belum pernah mempelajari apa-apa bahasa. Hal ini disebabkan persepsi bunyi, penglihatan, kematangan otak dan interaksi sosial baru mula mencapai keupayaan tahap pertama. Menurut (Hornstein dan Lightfoot 1981), pengetahuan bahasa pertama dikuasai secara tidak formal di dalam lingkungan individu di persekitaran anak-anak tersebut sama ada melalui ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat sekeliling sejak peringkat awal kanak-kanak, iaitu ketika berusia seawal 18 bulan. Secara mudahnya, pemerolehan bahasa pertama ini ialah proses di mana bayi yang baru lahir mula mengenal atau mengeluarkan bunyi yang pertama. Dalam hal ini, anak-anak akan melalui proses mengenal komunikasi dengan lingkungannya secara verbal. PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA MEMPUNYAI PERINGKAT TERTENTU. OLEH ITU, APAKAH PE