APA ITU BAHASA PERTAMA ?

      Umum mengetahui bahawa bayi memerlukan pendedahan awal mengenai bahasa sebelum mula menggunakannya. Pemerolehan bahasa pertama berlaku ketika perkembangan kanak-kanak yang belum pernah mempelajari apa-apa bahasa. Hal ini disebabkan persepsi bunyi, penglihatan, kematangan otak dan interaksi sosial baru mula mencapai keupayaan tahap pertama.

    Menurut (Hornstein dan Lightfoot 1981), pengetahuan bahasa pertama dikuasai secara tidak formal di dalam lingkungan individu di persekitaran anak-anak tersebut sama ada melalui ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat sekeliling sejak peringkat awal kanak-kanak, iaitu ketika berusia seawal 18 bulan.

   

Secara mudahnya, pemerolehan bahasa pertama ini ialah proses di mana bayi yang baru lahir mula mengenal atau mengeluarkan bunyi yang pertama. Dalam hal ini, anak-anak akan melalui proses mengenal komunikasi dengan lingkungannya secara verbal.

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA MEMPUNYAI PERINGKAT TERTENTU. OLEH ITU, APAKAH PERINGKAT YANG TERDAPAT DALAM PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA ?

1) PERINGKAT VOKALIS (BEBELAN)

2) HOLOFRASA ( PERTUTURAN SATU KATA )

3) TELEGRAFIK (PERTUTURAN 2 & 3 SUKU KATA )

4) PERKEMBANGAN AYAT-AYAT KOMPLEKS

1 ) PERINGKAT VOKALIS (BEBELAN)





Bayi mengeluarkan beraneka bunyi, menangis, mengagah dan gelak sebelum mengujarkan bunyi-

    bunyi bahasa.

Bayi berusia sejak lahir hingga 10 bulan dapat melahirkan bunyi-bunyi bukan bahasa sebagai latihan

dan kawalan alat artikulasi bagi menyelaras pernafasannya.

Ø   Contoh : ee…eee…uu…uuu…aa…aaa…oo…ooo.

l   Seterusnya, kanak-kanak mula membebel iaitu mengujar dengan mengulangi

    gabungan bunyi urutan konsonan dan vokal, misalnya seperti ‘ma-ma’ dan ‘pa-pa’.

Bebelan adalah vokalisasi tidak bertujuan kerana bunyi-bunyi yang diujarkan dibuat tanpa kawalan

    kognitif pusat.

Semasa membebel, kanak-kanak tiada tujuan tertentu, sebaliknya hanya mengujarkan bunyi yang

   pernah didengar berdasarkan objek dengan keperluannya.

l  Namun, bayi yang pekak tidak dapat meningkat ke tahap distingtif membebel.

l  Kanak-kanak akan berusaha untuk memahami apa yang disampaikan oleh orang lain untuk

   mengujarkan bunyi bahasa yang diperlukan agar dapat mengujarkan tuturan bermakna.

l  Merangkumi bunyi vokal dan konsonan:


Bunyi Vokal:

Ø Melibatkan banyak alat artikulasi yang tidak dapat dilihat.

Ø Kanak-kanak perlu melakukan banyak percubaan untuk mengesan daerah-daerah artikulasi yang betul.

Ø Vokal belakang seperti /a/ adalah bunyi yang paling awal dipelajari, manakala vokal depan tinggi seperti /i/ dipelajari kemudian.

Bunyi Konsonan:

Ø Kanak-kanak meniru tindakan yang dilakukan dengan melihat gerakan alat-alat artikulasi seperti mulut dan lidah orang dewasa. Maka, terhasillah bunyi-bunyi konsonan seperti /m/ dan /p/.

Ø Bunyi konsonan hentian seperti /k/ dan bunyi geseran seperti /f/ agak lambat dipelajari.

  

2 ) PERINGKAT HOLOFRASA (PERTUTURAN SATU KATA)

l  Melibatkan ujaran satu kata.

l   Pengujar tidak semestinya ada pengetahuan tentang perkataan tersebut.

l   Bentuk tuturan yang diujarkan mungkin tidak sempurna kerana kanak-kanak

menggunakan satu perkataan untuk menyampaikan sesuatu fikiran yang meragkumi keseluruhan ayat

bagi penutur dewasa.

Ø  Misalnya ‘da’ untuk ‘daddy’ dan makna yang dikaitkan dengannya mungkin tidak tepat.

l  Pertuturan bermula dengan kata yang bersuku kata mudah atau berulang dan

   seterusnya kepada suku kata tunggal berlainan pola atau berupaya mencantumkan beberapa suku kata.

Ø  Contoh : ma-ma,ba-ba,ma-mam, na-nak,sa-kit.

Kanak-kanak turut menyampaikan fikiran kompleks yang melibatkan benda-benda

    tersebut.

Ø Contoh : Kanak-kanak kecil menunjukkan tangan ke arah kasut dan kemudian

 menyebut ‘mama’ bermakna mereka menginginkan atau ingin memakai kasut

 tersebut.

3 ) PERINGKAT TELEGRAFIK (PERTUTURAN 2 DAN 3 SUKU KATA)

Kanak-kanak mula mengujarkan dua tiga perkataan pada usia dua atau tiga tahun.

Kombinasi kata pendek sama ada kata nama,kata kerja dan kata adjektif banyak

    digunakan berbanding kata tugas.

l  Tujuan: meminta, bertanya, menjawab, memberitahu dan sebagainya.

Kanak-kanak yang mempelajari bahasa Inggeris cenderung untuk mengujarkan urutan

   kata yang betul.

Ø  Contoh : Mereka mengujarkan my cup, bukan cup my.

Telegraf (kanak-kanak berusia 18 bulan-4 tahun) mampu menuturkan dua dan tiga

    suku kata.

Ø  Contoh : ‘nak makan’, ‘ibu mana’, ‘adik nak ikut’ dan ‘adik tak lapar’.


4 ) PERKEMBANGAN AYAT-AYAT KOMPLEKS


Kanak-kanak boleh menghasilkan kebanyakan daripada struktur terpenting dalam

    bahasanya apabila meningkat usia lima tahun.

l  Menurut Carol Chomsky,1969; Palerm dan Molfese, 1972, pasif dan transformasi

    kompleks yang lain belum diperoleh.

Ø  Contoh ayat kompleks: Saya dan adik bermain bola bersama kawan.

 

CARA PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

    Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula diperolehi dan dikuasai oleh seseorang sejak masih kecil ataupun bayi. Bahasa pertama juga disebut sebagai bahasa kandung atau bahasa ibunda.

     Kanak -kanak memperolehi bahasa pertama adalah secara tidak langsung iaitu melalui ibu bapa, ahli keluarga atau orang sekeliling mereka. Mereka mampu meniru dan mengujarkan perkataan yang mereka dengar tanpa mengetahui atau memahi bahasa tersebut.

     Apabila mereka mula meningkat dewasa, mereka sudah mula bercakap dan perkataan yang mereka ujarkan sudah mula difahami oleh orang sekeliling. Walaupun dalam percakapan mereka terdapat kesilapan tatabahasa kerana mereka belum belajar secara formal tetapi isi kandungan ayat sudah mula difahami. Inilah yang dimaksudkan dengan pemerolehan bahasa pertama.




MASALAH PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Terdapat lima masalah dalam pemerolehan bahasa pertama :

 

1) Masalah dari aspek morfologi

● Jarang menggunakan imbuhan dan kata sendi

Ø Contoh : Sofea pergi taman pagi tadi. ( x )

            Sofea pergi ke taman pagi tadi. ( / )

 

2) Masalah dari aspek penggunaan kata

● Merangkumi kesalahan penulisan bentuk atau jenis kata yang tidak tepat

● Orang Cina - menggantikan huruf ‘r’ dengan huruf ‘l’ 

                        - lari - lali

● Orang India - menggantikan fonem seperti kata ‘tanpa’ kepada ‘tampa’

 

3) Masalah dari aspek kesalahan ejaan

●  Menghilangkan huruf ‘h’ di awal perkataan

ØContoh : dihasut - diasut

 

4) Masalah dari aspek sintaksis

● Kerap meletakkan kedudukan frasa nama di tengah atau akhir ayat

ØContoh : Itu pen dakwat sudah habis. ( x )

                   Pen dakwat itu sudah habis. ( / )

 

5) Masalah dari aspek percampuran kod

●  Kerap berlaku dalam ayat penyata

ØContoh : Saya kena submit tugasan pada minggu hadapan. ( x )

                   Saya kena hantar tugasan pada minggu hadapan. ( / )

 KESIMPULAN

    Mempelajari bahasa pertama merupakan salah satu perkembangan menyeluruh kepada kanak-kanak iaitu sebagai permulaan untuk berkomunikasi. 

    Peranan orang sekeliling amat penting dalam memberi pengetahuan awal kerana keupayaan kanak kanak berinteraksi bergantung kepada persekitarannya. Penguasaan terhadap bahasa pertama dapat membantu mereka berkomunikasi dengan baik dan fasih dari semasa ke semasa.

 

RUJUKAN

IKHMAL SABRI (2021 Mei) 

Pemerolehan Bahasa Pertama. Diperoleh daripada

https://ikhmalsabri.blogspot.com/2021/05/pemerolehan-bahasa-prtama.html

NOOR AIDA DANI (2017)

Asas Psikolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

NORHASLINDA (2012 November )

 Peringkat Pemerolehan Bahasa Pertama. Diperoleh daripada

http://norhaslinda32.blogspot.com/2012/11/peringkat-pemerolehan-bahasa- pertama_30.html?m=1

NORUL HAIDA BT. HJ. REDZUAN (2013)

Ilmu Psikolinguistik. Perak: Emeritus Publications

SAFRIANDI A.ROSMANUDDIN (2009 April)

 Pemerolehan Bahasa Pertama. Diperoleh daripada 

https://nahulinguistik.wordpress.com/2009/04/14/pemerolehan-bahasa-pertama/

Comments