Posts

APA ITU BAHASA PERTAMA ?

Image
       Umum mengetahui bahawa bayi memerlukan pendedahan awal mengenai bahasa sebelum mula menggunakannya. Pemerolehan bahasa pertama berlaku ketika perkembangan kanak-kanak yang belum pernah mempelajari apa-apa bahasa. Hal ini disebabkan persepsi bunyi, penglihatan, kematangan otak dan interaksi sosial baru mula mencapai keupayaan tahap pertama.      Menurut (Hornstein dan Lightfoot 1981), pengetahuan bahasa pertama dikuasai secara tidak formal di dalam lingkungan individu di persekitaran anak-anak tersebut sama ada melalui ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat sekeliling sejak peringkat awal kanak-kanak, iaitu ketika berusia seawal 18 bulan.     Secara mudahnya, pemerolehan bahasa  pertama ini ialah proses di mana bayi yang baru   lahir   mula   mengenal   atau   mengeluarkan   bunyi yang   pertama.   Dalam   hal   ini,   anak-anak akan melalui proses mengenal komunikasi dengan lingkungannya secara verbal. PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA MEMPUNYAI PERINGKAT TERTENTU. OLEH ITU, APAKAH PE

DISLEKSIA MEMBAWA TUAH

Image
            Pada zaman ini, disleksia bukan lagi suatu istilah yang janggal dalam masyarakat. Masyarakat umumnya menganggap disleksia ialah satu penyakit yang menyerang seseorang individu sehingga menyebabkan individu tersebut mengalami kelemahan dalam sesuatu perkara yang mereka lakukan. Ada juga masyarakat yang terus menjatuhkan hukum kepada mereka yang menghadapi disleksia ini tidak akan mampu berjaya seperti orang lain. Dalam entri kali ini, saya akan membuktikan mereka yang mempunyai disleksia ini mampu menjadi orang hebat.      Sebelum menyambung penulisan entri ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang disleksia. Kita mulakan dengan definisi disleksia. Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek iaitu dys yang bermaksud kesukaran. Manakala lexis yang membawa maksud bahasa. Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006). Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud disleksia adalah kanak- kanak yang tidak